Maka ketahuilah wahai sekalian
rakyat Malaysia bahawa ianya adalah satu kewajipan untuk mereka yang layak;
mengundi!. Kerajaan Barisan Nasional
sejak merdeka sudah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat
Malaysia pula yang layak, keluar mengundi bagi membentuk sebuah kerajaan yang
sudah terbukti berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat jelata. Wawasan 2020 matlamat dituju untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju. Telitilah,
apa kerajaan buat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan? Sedangkan segala
yang dikecapai dan dinikmati adalah hasil kerja kerajaan yang dibentuk melalui
gabungan parti-parti komponen di dalam Perikatan dan Barisan Nasional. Tak ada sapi-sapi. Semua lembu punya. Ini
hakikat!
Maka yang sedemikian itu, HARAM
hukumnya ke atas orang Melayu, beragama Islam menuai dan memakan hasil yang
disemai dan ditanam oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa menyokongnya, kerana
perbuatan itu boleh ditakrifkan sebagai mencuri. Bolehlah dihalalkan jika masih
ada nak pangkah PAS dan PKR. Tak apa,
mereka orang Melayu dan Islam juga tetapi HARAM ke atas kamu mengundi
calon-calon DAP kerana ternyata jelas mereka musuh orang-orang Melayu dan
Islam. Sesungguhnya adalah lebih baik
anda semua yakin dan mengundi Barisan Nasional kerana kerajaan Barisan Nasional
yang memberi makan dan tempat berlindung kepada kamu sekalian. Di samping itu, memberi pendidikan ilmu
duniawi buat bekalan hari akhirat.
Para intelektual dan sekalian
ilmuan, sarjana dan cendiakawan hatta tuan-tuan dan Tok Guru, Ustaz dan alim
ulama PAS, tepuk dada dan berfikirlah sejenak di mana kamu berada jika bukan kerajaan Barisan
Nasional yang membina sekolah-sekolah dan universiti-universiti, malahan
membiayai kamu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Berapa ramai pelajar yang dibiayai PAS?
Tuan-tuan dan puan-puan semua
dihantar ke Universiti Al-Azhar, Oxford, Cambridge, Harvard, Stamford dan
lain-lain universiti yang terbaik di dunia untuk belajar dan balik ke Malaysia
untuk mencurahkan ilmu dan bakti. Bukan
untuk menjahanamkan Negara. Berilah
sumbangan. Bersyukur dan kembalikanlah
keyakinan dengan memberi sokongan dan undi kepada kerajaan Barisan Nasional
yang diterajui UMNO. Itu sahaja yang
dipohon supaya anak-anak dan cucu-cicit kita tidak merana serta menangis di
kemudian hari. Janganlah kamu menjadi
orang-orang yang melampau dan boleh disifatkan kufur sebagaimana mereka yang
menerima BR1M, lalu disoal kenapa tidak diberi RM 1000.00?
Sokonglah dan pilihlah Datuk Seri Najib
menjadi PM dengan mengundi BN. Kalau dia salah tegurlah dia. Perbetulkan dia
kerana dia mendengar aduan dan nasihat kita. Boleh ‘twit’ Boleh ‘facebook’ satu
dunia akan tahu apa yang kita tidak puas hati. Di samping itu, boleh dibuat
aduan tentang sesiapa sahaja, mahupun tentang apa sahaja melalui Pusat
Panggilan 1 Malaysia (1MOCC) yang menggunakan
nombor telefon 03-80008000, beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Selain itu, kita boleh mengadu
kepada Pak Lah dan Che Det. Kita boleh juga mengadu kepada isteri dan ibunya.
Adalah sangat-sangat disarankan 2 talian “stress” dan 2 talian “polls” diwujudkan
sempena PRU 13.
Di sebaliknya, jika undi pakatan “the 3
stoges” dan DSAI menjadi PM, kita nak mengadu kepada siapa ? Nak mengadu kepada
tokong? Nak mengadu kepada Tok Guru? Masakan, Tok Guru pun takutkan guru nanak.
Bernafsu pula nampaknya Tok Guru nak ke Putrajaya. Berapakah nilai Putrajaya
kalau nak dijual? Nak lelong macam 3 Abdul ke tender? Secara terbuka atau
tertutup?
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di
Putrajaya bukan syurga. Ia adalah neraka bagi orang-orang yang benar-benar
ikhlas untuk bekerja mencari nafkah yang halal. Memerah otak mentadbir negara
bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara. Putrajaya adalah
amanah rakyat. Orang yang mentadbir Putrajaya bukan sahaja bertanggungjawab
kepada rakyat kerana mereka juga memegang amanah Allah S.W.T. Berat tanggungannya.
Putarajaya itu adalah satu warisan orang
Melayu dan mercu kebanggaan Islam yang mesti di pelihara kesuciannya. Tidak ada
ceruk-ceruk tokong. Sudah ada Istana Keadilan bagi menjaga perlembagaan dan
kedaulatannya. Tak payahlah cari tikus-tikus nak baiki labu.
Wahai pesara-pesara tentera dan polis,
guru-guru dan kakitangan kerajaan. Saudara saudari telah melalui satu kehidupan
yang penuh onak dan duri. Hari ini anda hidup lebih selesa dan harmoni di bumi
Malaysia. Pengalaman hidup tidak ada nilainya. Kita telah melaluinya tetapi
anak cucu kita tidak tahu apa yang mereka akan tempuhi sekiranya mengundi
pakatan “the 3 stoges”yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Kalau seorang
berjawatan Timbalan Ketua Menteri
mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan keluar daripada PKR, apa lah
nasib Melayu di Pulau Pinang ? Pandang ke bawah tengoklah Singapura! Dongak ke
atas lihatlah Thailand. Apa nasib Melayu ?
Kasihan tengok orang Penang. Rupa-rupanya
tiada yang layak jadi KM. Didalam PRU 13, Betty Chew lebih elok bertanding di
Penang. Cukuplah kuorom Bapak, Anak dan Menantu dari Melaka lubok emas di
Penang. Senang sikit nak layan suami. Dalam diam-diam, mengatal juga Guang Eng,
ya! Kalau tidak ada orang Penang ganti Lim Guang Eng jadi KMPP, nampaknya
hilanglah sebutir mutiara lagi.
“It is an alarming situation that the pearl
of orient has lost its luster and eventually the pakatan 3 stoges will create
another new banana republic”. Wake up Penang folks, please!
We salute the respectful Tun Dr. Lim Chang
Er. The nation honours the colourful Tun Dr. Lim Kheng Yaik. Ironically they
were not even brothers. No hold barred and hole in one. Ever flying high are
the Sikh’s family. Untouchable. Bring over the babas and the nyonyas
patronizing the Alibabas. Like fathers like sons the Lims has created a dynasty
diminishing the once a gem, the Khoo Kongsi.
Dislike the fathers, likes the daughters,
unlike the sons. The de factor leader and the supremo manipulating the
spiritual adviser break, divide and ruuule fearless and merciless. Mocking the
rajas and the sultans of the island by playing devil advocates. Internationally
acclaimed the dirtiest of all islands. Once bitten twice not shy away makes all
hell breaks loose.
One’s wonder where else on planet earth such
a place named “Pulau Tikus” exists. Ratssss! From the little cute white mices
to the adorable guinen pigs are such the name. Aren’t them breeding snakes for
the new chinese lunar year?
Unlike polly the parrot, the krakatoo now a “burung
Abang Tua” may seems likely to be the main cause of “selsema burung”. Fear not
the “kecing tikus”. Fear most the deadliest “kencing of all kencing” bred,
cultivated and developed by the human rats. These “politikus-politikus KENCING ORANG”!
Bukankah ini petanda, jika tidak menjadi
petunjuk, bahawa ada ketidak kesempurnaan dan kepincangan di dalam Pakatan ?
Seandainya benar masih ada 150,000 saki baki orang Melayu beragama Islam di
dalam DAP, ikutlah contoh Unku Aziz. Keluarlah, dah sisihkan DAP. Jika tidak,
anda adalah sejahat-jahat makhluk bernama Melayu dan Islam yang Allah Taala
ciptakan. Alangkah lebih baik kamu dilahirkan sebagai haiwan kerana kamu tidak
bijak menggunakan akal. Ataupun sememangnya kamu tidak berakal.
Tangan yang menyuap nasi ke dalam mulut kamu,
ibu bapa kamu, nenek moyang kamu adalah tangan UMNO. Tergamak, kamu mematah dan
meludah ke tangan-tangan ini ? Manusia jenis apakah kamu ini? Sedangkan
binatang pun tahu berterima kasih!
Ahli-ahli UMNO yang hanya kerana merajuk tak
puas hati keluar meninggalkan parti, sedarlah, insaflah, serta kembalilah
kerana esok masih ada dan langit tidak selalu mendung. Hari ini hari dia, esok
hari kita pula. Bertolak ansur dan berpada-padalah kerana itu adalah lebih baik
buat kamu. Janganlah menjadi seperti kadiak lupakan kulit. Begitulah juga ahli
PKR, cukup-cukuplah bersengkarama. Berpijaklah di bumi yang nyata. Bukan
berawang-awangan di dalam kepalsuan bergelomang dosa-dosa.
Wahai ahli-ahli PAS yang sebenar-benarnya
mahu memperjuangkan dan menobatkan Islam, hanya UMNO lah “platform”nya.
Berjuanglah di dalam UMNO kerana PAS sudah dinodai. Berjuanglah kerana Allah s.w.t
dan RasulNya bukan kerana PAS dan Pakatan. Sia-sialah hidup anda berjuang di
dalam liku-liku yang bernanah, dicemari dengan najis. Cina panggil DSAI itu
tahi. Banyak-banyaklah bertahajudlah, pasti Allah s.w.t membuka pintu hati yang
sudah tertutup bagi melihat kebenaran. Sesungguhnya, khidmat bakti anda lebih
diperlukan dunia, bukan negara.
Wahai adinda dan kekanda, bonda, ayahanda dan
nenda, sampaikanlah salam dan berilah pesan kepada anakanda dan cucunda,
kembali lah ke pangkuan ibunda. Ibu pertiwi di penuhi ranjau. Jika kita tidak
bersatu hati meniti perjalanan hidup ini, pasti ianya membara dan membakar diri.
Janganlah jadi seperti Si Kitul. Biar lah hanya Azmin menjadi Tanggang. Jangan
di cari jalan-jalan ke neraka kerana neraka itu amat azab seksanya. Biarlah
hanya Anwar dengan labu-labunya. Kita tidak bersepakat-sepakat berdiri tetapi kita
berdiri di dalam satu saf, satu barisan untuk bersolat menjadi makmum mengikut
imam. Kiblat kita adalah satu arah, satu tujuan murni. Bukan jalan berliku-liku
menuju ceruk-ceruk tokong. Apakah ceruk To’kun ada tokong satu masa dahulu ?
Yang sebenar-benarnya Melayu ini dikurniakan
Allah S.W.T kebijaksanaan dan keilmuan
yang tinggi. Sang kancil yang kecil mengetuk-ngetuk kepala sang buaya. Sang
harimau dipakaikan bengkung Nabi Sulaiman A.S dan diperintahkan memukul gong.
Mati lah sang harimau dibelit ular sawa, disengat tebuan. Malangnya pelanduk
itu dua serupa. Yang mana kancil, yang mana pelanduk? Sang kancil itu dipanggil
juga dengan nama pelanduk.
Begitulah Melayu. Satu rumpun dua wajah.
Hebatnya Melayu kerana mereka itu Islam. Kalaulah sang kancil tahu bahawa dia
sebenarnya pelanduk, tidaklah Melayu itu berwajah dua. Satu wajah kebaikan ,
satu wajah kejahatan. Siapa yang ingin berwajah hodoh?
Yang kurangnya Melayu ini kerana mereka tidak
bijak menggunakan ilmu yang dianugerahkan dan tidak menyedari kurniaan Allah
S.W.T. Kaum-kaum lain lebih bijak mengambil peluang. Mereka yang berkesempatan
membaca buku ini berterima kasih lah dengan menyokong dan mengundi Barisan
Nasional.
Maka
yang sedemikian itu, jika masih ada
orang Melayu yang menyokong dan memangkah pakatan, tidak mengundi
Barisan Nasional. Percaya lah bahawa tanah pusaka ini akan menjadi tanah
pusara. Setidak-tidaknya bacakanlah talkin kerana itu adalah fardhu kifayah.
Berkuburnya UMNO, berkuburlah Melayu dan ketahuilah bahawasanya Malaysia akan
menjadi Malaysial!
BN boleh mencapai hasrat mendapatkan majoriti
2/3 undi di Parlimen tetapi banyak kerusi akan tewas bagi DUN di kedua-dua
pihak Pembangkang dan Kerajaan. Ada kemungkinan BN menang tipis di Kelantan
tetapi kalah tipis di Pulau Pinang dan Selangor. Bagi negeri Kedah, kerana Rajanya
Yang DiPertuan Agong; Kalaulah hangpa nak tahu kebaikkannya, bagilah kat
Mukhris jadi MB! Hanya kerja dan usaha lebih gigih dan bersepadu boleh
mengembalikan Pulau Pinang dan Selangor ke pangkuan Barisan Nasional.
Senjakala ini sudah banyak waktu berlalu. “Masa
itu emas”. Tak sangka Melayu sangat kaya. Banyak emas sudah dibuang. Alangkah
seronoknya Melayu jika PAS dan BN bersatu. Selesai masalah. Mudah sahaja.
Percayalah. Jauhi dan sisihkan Anwar, Nik Aziz dan Hadi Awang. Beres. Dan bila malam
berlabuh, kita boleh tidur selena-lenanya diulit mimpi-mimpi indah kerana kita
tahu apabila kita bangun; Esok masih ada dan mentari bersinar lagi. “AWASI
PARASIT POLITIK KERANA SPESIES JENIS INI MUDAH MEMBIAK DAN AMAT MERBAHAYA”