Thursday, 31 January 2013

PRU 13- BN ATAU PAKATAN?


    Setelah bersolat istikarah dan berdoa, minda akan jadi lebih terbuka. Hati lebih tenang. Kalau was-was, tanya sama hati kerana hati tidak pandai berbohong macam akal yang penuh muslihat.

  1. Daripada namanya sahaja sudah mendapat jawapan. Satu barisan nampak kelurusan dan keikhlasan. Tersemat patriotism di dalam semangat kebangsaannya, Asalnya satu perikatan yang teguh membariskan satu saf yang kukuh. Soal mentadbir negara tak boleh main pakat-pakat aje nanti tak jadi. Entah-entah tak jadi langsung. Kalau pakat-pakat macam “the 3 stoges” bolehlah juga ketawa terbahak-bahak.

  1. Di dalam Barisan ada UMNO. Di dalam UMNO ada keringat, air mata dan darah orang Melayu. Bukan darah siapa tetapi darah tok nenek moyang kita. Di dalam PAS ada dendam dan kebencian. Di dalam PKR ada kemarahan. Di dalam DAP ada apa, jika bukan biadab dan sebenarnya dalam Pakatan ada Anwar. Di dalam Anwar sentiasa ada “another war”.

  1. Di dalam Najib ada wajah bapanya, Di dalam wajah bapanya ada sinar ibunya. Di dalam sinar ibunya ada kebahagiaan, kasih dan sayang. Dan di bawah telapak kaki ibunya ada syurga.

Semua manusia beragama mahukan syurga. Yahudi, Kristian malahan Buddha  
pun mahu mencapai Nirwarna. Syurga di telapak kaki ibu sudah sedia ada,
kenapa hendak di nerakakan? Mahukah kita, bermandikan darah, anak-anak
menitiskan air mata menangisi kekeringan keringat cucu-cicit kita di bumi bertuah
ini?

  1. Apa ada di dalam Anwar? Rusuhan pelajar akibat fitnah. Reformasi jalanan kerana difitnah. Di ISAkan dan dipenjarakan kerana fitnah. Kes Sukma fitnah kes Azizan fitnah. Kes Saiful Bahari fitnah. Syaitan pun letih kalau asyik-asyik fitnah. Kes liwat fitnah. Kes Zina fitnah dan semua fitnah ini adalah konspirasi? Kemas. Satu kopekan yang cantik tetapi kupasannya cetek.

Tidak waraklah Anwar jika masih enggan melafazkan kalimah sumpah laknat
bagi membersihkan diri daripada segala fitnah. Mengapa perlu membersihkan
jalan? Kalau kotor ada tukang sapunya. Bersihkan diri baru semerbak harumnya.
Bersihkanlah hati baru terpancar kesuciannya. Tergamak pula mereka yang ahli
agama melindunginya dengan segala helah, memutar belitkan ayat-ayat suci Al-
Quran? Sabda Nabi S.A.W mereka inilah ahli di dunia dan ahli dineraka. Dalam
erti kata yang cukup ringkas tetapi cukup padat. Di dalam hati mereka adalah
iman tetapi di dalam dada mereka ada syaitan.

  1. Apa jasa Anwar? 3 bulan memangku jawatan Perdana Menteri. Bahasa baku yang dibekukan. Melabur wang simpanan Bank Negara yang dileburkan. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih dalam kes nepotisma dan kronisma. Menjaja kedaulatan dan melacurkan kesejahteraan. Meludah ke langit terkena batang hidung sendiri. Sekali lagi sekadar untuk bertanya “Apa jasa Anwar?” Ada ke?

  1. Di mana ada Anwar di situ ada Mat Sabu. Dalang rusuhan pelajar, demonstrasi jalanan dan reformasi buta. Sama-sama di ISA kan. Sama-sama ada kes skandal seks. Sama-sama kawan karib Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mendokong pluralism dan liberalism. Menyokong LGBT atas nama hak asasi manusia dan kebebasan beragama bagi orang Melayu! Anwarinas di dalam PAS. Mat Sabu Timb. Presidan PAS. Bak penyapu menyapu di halaman sendiri. Apabila angin bertiup, sampah masuk sehingga ke dalam rumah.

  1. Kopiah berserban dililitkan. Sehasta kain menjadi turban. Serban mendatar, turban berdiri. Melangkah mayat lontar cabaran. Pak Lebai jadi sang kelebai. Pak Bai hidung tinggi kata “good bye”. Orang mengantuk disorongkan bantal. Nikmat tidur di sekalikan tilam. Lidah kelu tidak terkata. Nik Aziz membisu seribu kata apabila yang mencabar turbannya lebih besar dan tinggi daripada serban dan kopiahnya. Mereka memang biadab. PKR tiada beradab. Kerana kita boleh berkawan dengan syaitan maka jadilah syaitan-syaitan itu kawan sepermainan kita.

  1. Hudud! Hudud! Hudud! Dah 20 tahun tok guru mendendangkan Hudud. Anugerah alam kurniaan Tuhan selayak-layaknya hak asasi manusia tidak terlaksana. Buat bersih air minum kotor dahulu di Kelantan baru lah pergi bersihkan Kuala Lumpur. Kerana taksub pengundi-pengundi di Kelantan kata tak apa. Tak apa demi Nik Aziz walaupun rakyat Kelantan yang sebenarnya amat menderita. Nak minum air pun payah. Dulu dok kata macam-macam kat  Mahathir. Maha Firaun digelarnya. Dr Mahathir umum letak jawatan PM, pun tak caya. Itu tengah sihat. Tok Guru pernah royak “ Allah lebih sombong”. Tok Guru dah uzur. Berundurlah. Kalau Najib nak jumpa pun tak sih, maka Tok Guru lebih angkuh pulak daripada Allah S.W.T. Kemuncak iman dan takwa dijamin masuk syurga di mana kita akan berjumpa dengan Allah swt. Hebat sangatlah Tok guru, Orang nak jumpa pun tak boleh. Maksum sangat kah Tok Guru? Ketahuilah wahai Tok Guru Nik Aziz, apa yang tok guru buat kat rakyat Kelantan itu adalah satu kezaliman. Satu penganiayaan!

  1. Kita bukan kafir jauh daripada haprak. Kita bukan menolak Hudud jauh mempersendakannya. Ini hukum Tuhan. Kita faham tetapi Hudud belum boleh dilaksanakan di dalam negara ini. Nak sebut negara ini Negara Islam pun mereka dah bangkang. Camna nak laksanakan Hudud? Contohnya, Islam kata lelaki boleh kahwin empat. Mahkamah syariah kata kena minta izin isteri dahulu. Sebabnya ramai isteri-isteri dan anak-anak yang teraniaya. Kena berhemah, bertoleransi dan bijak. Jangan ikut nafsu. Tak payahlah dijaja hukum Allah. Kita tidak berjual beli dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Kita tidak menyatakan sebahagian daripada ayat-ayat suci Al-Quran dan menyembunyikan sebahagian yang lain. Tidak ada ruang langsungkah di dalam hati Tok Guru dan ulama-ulama PAS melihat kebenaran ini? Bersiasahlah berpada-pada.

  1. Ajib Gor ini orang Cina sayang. Semasa kecil-kecil dahulu  bapa dia selalu bawa keliling kampung jumpa rakyat kerana bapanya PM. Tok Wan dia pun bekas MB. Di sebelah emaknya, bekas Speaker Dewan Rakyat. Zaman itu Malaysia baharu merdeka. Belum maju macam sekarang. Apabila bapanya meninggal dunia Najib dipilih menjadi wakil rakyat di atas permintaan pengundi dan penduduk di kawasannya. Seterusnya menjadi Menteri Besar sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.  Pada masa itu, Najib dikatakan tidak ada peluang langsung untuk menjadi PM tetapi dengan kehendak Allah S. W. T pada hari ini beliau adalah PM ke 6.

            Tidak pernah melawan, Tidak pandai kurang ajar.budak baik, merendah diri,
           hormat orang tua ‘down to earth’ kerana dia masih ada emak yang boleh  
           menegur kesalahan dan kesilapannya, yang boleh berdoa untuk kesejahteraan
           dan kejayaannya.  Pengalamannya 30 tahun mentadbir negara.  Kalau seorang
           askar selayaknya menjadi seorang Jeneral.  Kalau seorang ahli politik memang
           selayak-layaknya menjadi PM.  Bukan dilantik tetapi dipilih oleh Perwakilan
           UMNO dan BN.  Sejak memegang jawatan nampak ketokohannya. Mekar
           keterampilannya dan semerbak kewibawaannya.  Inilah seorang pemimpin
           daripada rakyat untuk rakyat bukan seorang pemimpin hanya untuk meraih undi. 
           “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.”

  1. Muktamar PAS sudah berlalu.  Perhimpunan UMNO telah berakhir.  Di dalam DAP banyak agenda, PKR banyak kemarahan dan PAS sarat dengan dendam.  Di dalam perhimpunan UMNO, sejak penubuhannya tahun 1946 banyak air mata menitis mengenang nasib bangsa dan  agama.  Bukan menangis kerana kesedihan dan kepiluan tetapi kerana kesedaran dan keinsafan.  Mereka pejuang-pejuang tulen. Berjihad dengan penuh keikhlasan kerana Allah dan Rasul di dalam memartabatkan kedaulatan bangsa, agama dan negara.  Khalayak bertanya berapa banyakkah  airmata ahli-ahli PAS dan PKR tumpah membasahi bumi atas nama perjuangan.   Jawapannya, memang tidak ada air mata yang menitis kerana perjuangan mereka tidak disertai dengan keikhlasan dan kejujuran. 

Dimomokkan pemimpin-pemimpin PAS ahli syurga.  Pengundi-pengundi PAS
tidak kira bangsa dan agama dijanjikan syurga.  Umum mengetahui bahawa ahli-
hali PAS bersolat hajat dan berdoa dengan penuh emosi tidak pun untuk masuk
syurga tetapi untuk masuk Putrajaya.  Berapa kali di dalam doa yang diketuai
adik Nik Aziz tempuh hari menyebut syurga. Allah S.W.T maha kaya lagi maha
mengetahui.  Sekiranya ini bukan petunjuk daripada Allah S. W. T mendedahkan
rahsia kepincangan pemimpin-peminpin PAS, maka nyatalah dengan sejelas-
jelasnya apa maknanya semua doa ini.  Sebab itulah jika Allah
mengkehendakinya sedemikian, sudah lama PAS  memerintah dan membentuk
kerajaan.  Begitulah kehendaknya bagi orang-orang yang mahu mengambil
ikhtibar dan mencari kebenaran untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T dan
keberkatan doa-doa Rasulullah saw untuk umatnya di akhir zaman.  Para Para
baru Yakinlah dan percayalah bahawasanya yang diperjuangkan oleh pemimpin-
pemimpin PAS bukan jihad dan jalan-jalan ke syurga tetapi hanya Putrajaya. 
Dan doa-doa yang saudara-saudari yang seagama aminkan itu adalah  jalan-
jalan ke neraka.  Suatu masa dahulu saudara-saudari bersolat hajat dan berdoa
memohon Allah S.W.T menghancurkan dan membinasakan Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan pada hari ini beliau adalah semulia-mulia insan yang masih hidup
di bumi bertuah ini.  Tanyalah beliau berapa kali beliau berpeluang mengerjakan
umrah dan ibadat haji.  Berapa kali beliau dijemput masuk ke dalam Ka’abah
untuk bersolat hajat dan berdoa setelah bersama-sama mencuci dan
membersihkan Ka’ abah dan tanyalah apa yang beliau doakan. Para baru kali
pertama Tun Dr Mahathir Mohamad mengerjakan umrah dan ibadah Haji serta
masuk ke dalam Ka’ abah adalah ketika mengiringi KDYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke 5 ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah
S.W.T dan pada hari ini buat kali ke 2 telah dimasyurkan selaku YDA ke 14. 
Kemudian tanyalah DSAI berapa kalikah beliau telah mengerjakan umrah dan
haji serta dijemput masuk ke dalam Ka’abah.  Selepas itu tanyalah Nik Aziz
soalan sama.  Yang sedemikian tanyalah bila kali terakhir mereka ke Madinah
dan Mekah.  Maka adalah lebih baik saudara-saudari bertanya diri sendiri bila
masa kita hendak mengerjakan umrah dan haji.  Memadai sekadar bertanya
kerana kita semua agak sukar untuk berpeluang dijemput masuk ke dalam
Ka’abah.

  1. Yahudi dan Nasrani tidak akan menjadi kuat jika umat Islam tidak menjadi lemah.  Kekuatan mereka kerana kita yang menjadikan mereka lebih kuat.  Mereka kembali merapatkan saf, bersatu hati dan nurani setelah memilih pemimpin yang mereka kehendaki.  Umat Islam meneruskan persengketaan dan perseteruan kerana tidak puas hati dengan pemimpin yang dilantik.  Kita lupa dan alpa dengan janji-janji Allah bahawa Allah S.W.T memberi pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki.  Kejatuhan umat Islam menjadi parah sejurus selepas Saidina Othman A.S dilantik menjadi khalifah dan sehingga ke hari ini umat Islam masih bertelagah malahan berbunuh-bunuhan sesama sendiri.  Jika bukan alim ulama PAS membantu memberi bimbingan dan nasihat, kepada siapa lagi kita boleh berharap? Ingatlah pesanan Saidina Abu Bakar A.S apabila dilantik menjadi khalifah.  Begitu juga amanat Saidina Umar A.S. Alim ulama tersohor yang kita ketahui tidak pernah keluar perkataan yang tidak baik dari mulut mereka.  Alim ulama dan ustaz-ustaz PAS memaki hamun dan menyumpah-seranah mereka yang sebangsa dan agama.  Lihatlah kemarahan Anwar, lihatlah kemarahan Nik Aziz.  Bila masa pula kita melihat Mahathir dan Najib marah?  Bukankah sifat amarah itu sifat yang terkeji dan dipengaruhi syaitan.  Apabila saudara Anwar marah, sehabis-habis marah, dahinya akan mula berkedut-kedut.  Hujung keningnya akan terangkat ke atas.  Bentuk mukanya akan memanjang.  Air mukanya menjadi hitam.  Hilang rupa seorang manusia.  Sungguh menggerunkan! Jangan sampai bertanduk pula.   Perhatikan wajahnya berubah-ubah.  Mungkin ada syaitan di sebalik wajahnya ataupun bersembunyi di dalam tubuhnya.  Sebab itulah takut sangat hendak masuk masjid Jalan Duta bila dicabar berbuat demikian untuk melafazkan kalimah sumpah laknat.  Kalau enggan bersumpah kenapa masih enggan buat ujian DNA?  Anwar juga ditohmahkan sebagai bapa kepada anak Azmin.  Masya’Allah. Kes berat seumpama ini usah dibiarkan menjadi usang kerana ia tetap akan berbau.  Bagaimana pula dengan kes jam tangan? Tak habis-habis fitnah.  Satu persatu tohmahan keluar.  Rentetan kes-kes ini sebenarnya tidak memeranjatkan lansung kerana rantaian kisah-kisah dairi hidup Anwar berjela-jela, berekor-ekor panjangnya.  Apa khabar Dr. Munawar di Pakistan sekarang? Lama tidak mendengar cerita.  Memang hebat ‘Asian Renaissance’.

  1. Tiada siapa akan menjadi kafir hanya kerana Hadi Awang berkata sedemikian dan tiada siapa juga akan menjadi murtad hanya kerana Nik Aziz berkata-kata.  Selagi kita melafazkan kalimah syahadah, apa lagi menyembah Allah S.W.T kita tetap Islam, umat Rasullallah S.A.W. dan Allah dan Rasulnya menjanjikan syurga.  Bukan Nik Aziz. Bukan parti PAS.  Ternyatalah PAS itu hanya sebuah parti politik yang pemimpinnya mengejar Putrajaya bukan mencari syurga.  Sekiranya PAS itu Islam mengapa tidak digunakan huruf ‘I’ di tengahnya? Kenapa mengunakan huruf ‘A’ di dalam Parti Se Islam Malaysia.  Ini disebabkan ‘PSM’ itu maksudnya Parti Sosialis Malaysia dan khalayak mengetahui bahawa di atara pengasas PAS, Ahmad Boestaman berfahaman Sosialis.  Fahaman Sosialis adalah adik beradik dengan fahaman Komunis.  Pecahlah tembelang Timb. Presiden PAS Mat Sabu yang begitu berani mengagungkan Parti Komunis Malaya sehingga sanggup mengaibkan anggota-anggota Keselamatan yang terdiri daripada pasukan polis dan Angkatan Tentera Malaysia berjuang bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan bangsa, agama dan negara.  Parti DAP pula sealiran PAP yang memerintah Republik Singapura.  Sebab itulah Mat Sabu adalah kawan baik Lim Guan Eng. Macam abang adik dan mereka adalah sahabat-sahabat Anwar Ibrahim yang mendapatkan dana serta pembiayaan George Soros, seorang Yahudi dan Uncle Sam yang terang benderang memusuhi umat Islam.  Mungkin inikah sebabnya Nik Aziz sanggup bersekongkol dengan mereka kerana sedekah ahli-ahli PAS tidak cukup untuk membiayai  sesuatu perbelanjaan menjelangnya pilihanraya. Mana mungkin Nik Aziz berbuat demikian menggunakan wang Yahudi dan Nasrani membiayai kelancaran Parti PAS? Nik Aziz seorang alim ulama, seorang Tok Guru. Sekiranya tidak mengambil wang Soros dan Uncle Sam, mengapakah masih bersama Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan dibiayai Yahudi dan Nasrani, yang berniat jahat memporak-perandakan dan menjahanamkan bumi Malaysia?  Ketahuilah wahai Tok Guru yang tersohor bahawa di dalam duit Yahudi dan Nasrani itu ada darah dan nyawa umat Islam.  Dan bersama mereka adalah syaitan yang bertopengkan manusia.  Ada Dajjal yang bermata satu, mungkin tiga kerana mereka sentiasa memerhati serta merencanakan kejatuhan umat Islam.  Parti PAS itu bukan Islam.  Parti PAS itu adalah “Parti Ahmad Sabu.”  Sekiranya ada Islam di dalam PAS maka sudah tentu huruf singkatan ‘PIS’ digunakan.  Bunyinya ‘Pa Ya Sin’ dalam huruf jawi. Makna itu, adalah seakan-akan bunyi air, bila kita kencing “Pee” “PIS OFF”. Siapa kencing siapa?  Siapa kena kencing? Kencing itu najis wahai ahli-ahli PAS .

  1. Apabila kita sesat jalan, baliklah ke pangkal jalan.  Apabila umat Islam bertelagah baliklah kepada kitab suci Al-Quran.  Tok Guru tidak bersikap adil kerana mendengar di sebelah pihak sahaja.  Kalau marahkan UMNO kenapa Islam dipertaruhkan.  Bermusyawarahlah dengan UMNO kerana pemimpin-pemimpin UMNO hari ini orang baru.  Macam budak baru belajar.  Masih boleh diajar dan dibentuk sekiranya Tok Guru benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam.  Setidak-tidaknya berjumpalah dengan UMNO dahulu kerana pemimpin-pemimpin UMNO hari ini bukan kaki kelentong.  Mereka Ikhlas. 

  1. Wahai khalayak rakyat Malaysia.  Sudah bertanyakah apa jasa Anwar kepada bangsa, agama dan negara? Tanyalah pula apa jasa Anwar kepada diri anda masing-masing.  Soalan cepumas tanyalah apa jasa “Pakatan 3 Stoges” DAP, PKR dan PAS?  Setelah puas berfikir tanyalah pula apa jasa UMNO dan BN? Apa jasa Tunku Abdul Rahman? Tun Abdul Razak? Tun Hussein Onn dan bapanya Dato’ Onn Jaafar? Dan seterus-terusnya apa jasa budak baru bernama Najib ni.

  1. Malaysia, negara berkebajikan sudah lama. PAS nak buat apa lagi? Banyak subsidi. Bijak mengolah pendapatan negara, mengurus dengan cekap dan professional, nasib rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah lebih terbela hidup mereka bagi mengecapi nikmat dan tuah bumi sendiri.  Ada klinik 1 Malaysia, ada kedai rakyat 1 MalaysiaAda restoran rakyat 1 Malaysia. Ada kedai buku 1 Malaysia.  Macam-macam lagilah 1 Malaysia.  Untuk apakah semua ini, kalau bukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Rezeki rakyat Malaysia lebih baik hari ini.  Petani dan penternak dibantu meningkatkan produktiviti.  Peniaga kecil dibantu.  Gaji kakitangan kerajaan diselaraskan.  Pencen pesara naik.  Pendapatan per kapita rakyat naik.  Yang tak naik dikaji semula.  Kadar gaji minimum pekerja ditetapkan sesuai untuk hidup walaupun di Kuala Lumpur.

  1. Hanya orang yang berpengalaman sahaja boleh mentranformasikan perkhidmatan-perkhidmatan badan-badan kerajaan untuk kemudahan rakyat.  Hanya orang yang ikhlas sahaja mahu membela nasib rakyat.  Sejak kecil mendengar keluhan dan melihat penderitaan rakyat.  Bila dewasa berkhidmat untuk rakyat.  Bila masanya tiba terus menabur jasa baktinya kepada rakyat.  Setiap bayi yang dilahirkan di bumi Malaysia ini sudah dijaga kebajikannya sehinggalah menjadi warga emas yang Azmin tidak pedulikan.  Apa lagi yang PAS nak buat dalam Negara Kebajikan?  Semua UMNO dah buat dah.  PAS nak negara Islam macam mana lagi?  Dah memang Islam pun negara ini.  Mengikut perlembagaan lagi.  Berapa banyak masjid PAS bina di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Madrasah pun nak diruntuhkan. 

  1. Nak tanya sikit lagi. Berapa orang Tok Guru biayai mengaji? Berapa orang PAS hantar belajar ke luar negara? Berapa yang pergi umrah? Berapa orang yang menunaikan haji? Jawapannya amat sedikit.  Mungkin tak ada.  Pemimpin-pemimpin PAS dan PKR sekarang naik bas mewah pergi ceramah. Naik ‘private jet’ ke sana sini.  Orang UMNO pun tak berani buat macam itu.  Rugilah mereka yang menderma.  Pahala pun tak dapat.  DAP pula berapa banyak kuil dah dirobohkan? Berapa banyak PPR dah didirikan? Yang bertambah, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut.  Batu Caves pun dah nak runtuh.  Air bersih di loji simpanan  pun sudah berkurangan.  Tunggu masa kekeringan.  Dah terhantuk baru terngadah. Itulah padah berkiblatkan haram jadah.  Akibatnya DAP sekarang bukan sekadar bongkak dan sombong tetapi sudah menjadi tokong.  Bukan siakap bukan senohong.  Cakap siang-siang, pandang-pandang.  Cakap malam-malam, dengar-dengar.  Bukan cakap sebarang cakap, bukan cakap kosong berbohong.  Yang bercakap itu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.  Orang Melayu beragama Islam.  Seorang intelektual tetapi tersembab di kaki tokong.  PKR di Selangor pula apa khabar? Cakap tak serupa bikin.  Indah khabar dari rupa.  Kenapa berjanji kalau hanya untuk tidak ditepati.  Yang ditipu, orang yang sebangsa dan seagama sendiri.  Keseluruhan rakyat jelata dibohongi, dimomokkan dan diperbodohkan? Munafik! Ia hanya jauhari yang mengenal manikam.  Hanya orang yang bijak dan ikhlas mampu menterjemahkan.  Mengambil sebahagian subsidi yang tidak diperlukan golongan berada lalu Bantuan Rakyat 1 Malaysia diilhamkan.  Berkata Sang Kelebai ini ’RASUAH’.  Membantu rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah itu adalah RASUAH.  Maka haramkanlah duit bantuan golongan sasar itu bagi ahli-ahli PAS dan PKR.  Bagi ahli DAP tiada halal haramnya.  Duit lumba kuda dijadikan Bantuan RM 100.00 untuk orang Melayu beragama Islam yang daif di Pulau Pinang.  Begitulah Melayu dihina. 
  2. Keberlangsungannya, silalah Tok Guru Nik Aziz mengharamkan orang PAS dan PKR menerima duit BR1M.  Haramkanlah peneroka Felda menerima duit imbuhan kerana duit itu hasil kerja orang UMNO yang telah dikafirkan dan dimurtadkan.  Janganlah naik Proton Saga.  Janganlah lalu di jalan-jalan raya kerana ada UMNO di dalam kerajaan Barisan Nasional yang membinanya.  

  1. Perkara ini cukup sifatnya.  Tidak ada cacat celanya.  Sekiranya ada salah dan silapnya, tegurlah dengan teguran yang membina agar sama-sama kita pupuk satu bangsa Malaysia yang kekal merdeka dan bermaruah, serta negara Malaysia yang terus aman dan makmur. Sejahtera dan maju.

PRU 13 – DOA BUAT NIK AZIZ


            Segala pujian bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam, pujian yang melengkapi segala nikmatNya dan membalas limpah kurniaNya. Wahai Tuhan kami, bagi Mu segala pujian seperti yang selayaknya dengan kebesaran zat Mu dan keagongan Mu. Cucurilah rahmat Mu dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W berserta ahli keluarga dan sekelian sahabat a.s.
           
            Ya Allah wahai Tuhan kami dengan berkat kebenaran kitab Suci Al-Quran Al- Hakim dan dengan kebenaran orang-orang yang Dikau pilih dengan pangkat pemerintahannya dan pertunjukkan kepada jalan-jalan yang betul. Tuhan yang sedia mengetahui segala yang telah berlaku dan yang akan berlaku.
           
            Ya Allah Tuhan yang melepaskan segala kerungsingan. Kami mohon kepada Mu semoga Engkau arahkan kami kepada jalan-jalan keredhaan Mu. Menjadikan kami sebagai warga kebahagiaan dan kekayaan Mu untuk mencapai segala kebesaran dan kehebatan.
           
            Ya Allah wahai Tuhan kami semoga Engkau perbetulkanlah akidah Umat Islam di bumi bertuah ini. Hanya kepada Engkau kami mohon segala perlindungan dan pertolongan. Ampunkan kami, maafkan kami, kasihani kami agar negara tercinta ini kekal aman dan makmur.
           
            Ya Allah wahai Tuhan kami, berilah kesihatan terpuji kepada kami dan kepada orang-orang yang Engkau pilih untuk memimpin kami. Tunjukkanlah jalan-jalan yang Engkau redhai bukan jalan-jalan yang Engkau tidak kehendaki. Di antara hamba-hamba Mu yang Engkau pilih menjadi pemimpin kami siapakah yang patut kami taati. Di antara Najib dengan Anwar. Di antara Mahathir Mohamad dengan Nik Aziz Nik Mat. Siapakah yang patut kami patuhi pemerintahannya agar tidaklah Engkau murka akan kami dan melaknatkan hidup kami sebagaimana Engkau musnahkan kehidupan orang-orang sebelum kami. Engkau pupuskan kaum Nabi Nuh A.S. Engkau hapuskan kaum Nabi Lut A.S. Sesungguhnya kami takut ya Allah dengan kemurkaan Mu.
           
            Di antara 4 pemimpin kami yang disebutkan, yang Engkau berikan ilmu agama hanyalah tok guru kami Nik Aziz Nik Mat. Ajaran dan pandangannya kami hormati. Sepatutnya kami bersatu, disebaliknya kami berseteru.
           
            Ya Allah wahai Tuhan kami, Engkau berikanlah keinsafan dan kesedaran agar kami semua di pihak yang benar, bermaaf-maafan dan bersatu di dalam menghadapi segala ancaman musuh-musuh kami mahu pun tipu helah syaitan. Peliharalah kami daripada segala kejahatan dunia dan azab api neraka.
           
            Ya Allah wahai Tuhan kami, semua manusia tidak lepas daripada melakukan kejahatan dan kesilapan. Begitulah pemimpin kami yang kami kasihi. Ampunkanlah, maafkanlah dan kasihankanlah kami kerana kami semua adalah umat Rasulullah S.A.W dan menyembah hanya Engkau.
           
            Ya Allah wahai Tuhan kami, di dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 semoga Engkau pertunjukkanlah segala kebenaran dengan jelas dan nyata agar kami semua boleh bernaung di bawah Panji-Panji Islam, agama yang Engkau redhai. Engkau padamkanlah api kemarahan. Engkau hilangkanlah segala kebencian. Najib mendengar cakap Mahathir, Nik Aziz pula mendengar cakap Anwar. Siapakah yang bercakap benar?
           
            Ya Allah, kami benar-benar memohon agar Engkau buka pintu hati Nik Aziz sehingga dapat melihat sebenar-benar kebenaran kerana kunci perpaduan dan persengketaan bangsa Melayu di tangannya. Kata-kata nista dan cacian tidak keluar dari mulut seorang ulama pewaris Nabi S.A.W, apa lagi tohmahan berunsur fitnah, buruk sangka, dendam kesumat dan kebencian melampau sehingga hilang nikmatnya.
           
            Barang dicucuri Allah akan rahmat dan sejahtera jua atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

PRU 13 – NEGARA KU


         Tanah jawi ini memang keramat. Banyak keramahnya. Di sini bulan bertemu bintang.Tujuh petala langit bertemu tujuh petala bumi. Sembilan negeri berdaulat. Semuanya Darul. Maksud Darul, syurga. Satu bagi kat Brunei, cukup bilangan sepuluh. Dahulunya Persekutuan Tanah Melayu. Hari ini dikenali sebagai Malaysia. Benderanya jalur gemilang. Kenapa jalurnya seakan-akan bendera Amerika Syarikat? Ada bintang, tiada bulan. Sebab itu, Neil Amstrong pergi ke bulan. Nak bawa balik tak boleh…. Mana muat nak letak dalam Apolo? Orang yang faham, fahamlah.. Yang tak faham, tak fahamlah.. Yang kalutnya orang ini faham tetapi buat-buat tak faham.

            55 Tahun Merdeka, 66 Tahun berpolitik. Tidak berputih mata. Enam PM. Sembilan TPM. PM Ke 4, empat orang TPM. Yang ke 4 berjaya akhirnya dilantik PM. Inilah sahaja yang baik tentang penjajahan. Kita diajar berpolitik. Ada Sistem Kerajaan. Majulah Negara. Dari setahun ke setahun, bertatih dahulu. Hari ini, sudah boleh berjalan. Nak lari pun boleh. Nak perlahan boleh. Nak laju pun boleh. Hebat… Sungguh Hebat! Sebuah negara kecil di mata dunia tetapi besar di hati. Siapa yang tak bangga menjadi rakyat Malaysia?

            Nama Allah S.W.T yang pertama RAHMAN. PM pertama Tunku Abdul Rahman. Ada darah kerabat Diraja membawa maksud hamba Allah. Tersusun rapi pada nama-nama PM ke 2 yang bermula dengan huruf A, H, M, A dan PM yang terkini namanya bermula huruf M. Lalu dijawab, Allah itu kan kekasihnya Muhammad S.A.W. Ada Allah, ada Muhammad. Ada pembuka ada penutup. Maknanya Najib itu penutuplah. Apabila sudah ditutup barulah boleh dibuka balik. Maknanya fasa ke 2 senarai nama-nama bakal PM. Samada bermula huruf A ataupun huruf M? Tak tahulah. Rasa-rasanya kan Perdana Menteri Malaysia dipilih ataupun terpilih? Mahukah kita mengubah sesuatu ketetapan? Mampukah kita menanggung kemurkaannya?
           
            Firman Allah S.W.T “Aku beri pemerintahan kepada sesiapa yang aku kehendaki”. Jikalau dibandingkan ulama-ulama terdahulu yang keluar UMNO menubuhkan parti PAS dengan kepimpinan UMNO ketika itu, macam langit dengan bumi. Burhanudin Helmi, Ahmad Boestamam memang tersohor tetapi pemimpin - pemimpin UMNO yang memerintah negara. Sekiranya Allah S.W.T mengkehendaki, dah lama dah ulama-ulama PAS ini memerintah negara. Sebabnya alim ulama ini ahli kitab, ahli ugama. Bukan ahli politik. Sebaik-baiknya biarlah ahli politik memerintah. Alim ulama pula membimbing dan menasihati. Barulah acuannya macam kuah dengan nasi. Dulu pernah bergabung balik di zaman Datuk Asri. Kenapa tidak sekarang?
           
            Sedangkan Nabi S.A.W ampunkan umat. Alim ulama ke kalau masih berdendam? Bukankah dendam itu antara tanda-tanda syaitan sudah merasuk? Oh ya hampir terlupa kerana pernah keluar kenyataan ‘manusia boleh berkawan dengan syaitan’ satu ketika dahulu!
           
            Tanah Semenanjung ini macamlah juga Semenanjung Arab. Ada hikmahnya. Kenapa nak bersembunyi kalau memang sudah jelas dan nyata. Sudah terang lagi bersuluh. Terlajak perahu boleh dikayuh. Terlajak kata buruk padahnya.Terlajak laku bertaubatlah! Tak kiralah engkau siapa? UMNO ke? PAS ke? PKR ke? Semua orang Islam, umat Rasulullah S.A.W. bukannya ramai sangat pun. Sebab dah lama orang  bercakap, ‘Orang Melayu manyak modoh’. Dahulunya, dibodohkan penjajah, sekarang dibodohkan bangsa sendiri. Sesama sendiri berbodoh-bodohan. Nak ikut “Arab Spring” ataupun “Arab Awakening”? Berbunuh-bunuhan pula akhirnya?
           
            Mana ada Melayu nama Hang? Pandai-pandai cakap Han Tu Ah Melayu. Agaknya Han Tu Ah cakap “Melayu hilang di dunia”. Siapa pandai-pandai tambah perkataan “tak kan” di hadapan? Hari ini dah nampak tanda-tanda “ Melayu hilang di dunia”. Bukan dibumi asing tetapi di dunia Melayu sendiri! Tak sedar ke?  “Melayu memang lupa” Betul….”Melayu memang lupa”.

PRU 13 – SIAPA TPM?


            Barisan “Straightforward”. Pakatan “ Winding and Crooked”. Siapa pilihan DSAI untuk menjadi timbalannya? Datuk Hadi Awang telah menjelaskan pendiriannya secara peribadi dan selaku Presiden PAS. Sekiranya beliau kurang berkeyakinan untuk menjadi Perdana Menteri maka adalah lebih tidak layak beliau menggalas jawatan TPM. Sewaktu menjadi MB, beliau telah mencemar duli apabila mendakap KBDYM Sultan Terengganu. Dimana beliau tahu menulis, membaca dan mengira jika bukan cikgu-cikgu sekolah rendah yang mengajar beliau ABC? Setaraf nabilah tuan guru, terus Khatam Quran. Andainya DSAI dipilih untuk menjadi PM di dalam PRU 13, besar kemungkinan beliau terpaksa memilih seorang daripada PAS dan seorang daripada DAP untuk jawatan TPM 1 dan TPM 2. Barulah ada ‘Malaysian Malaysia’, Negara berkebajikan dan adil saksama untuk semua. Pakatan ni memang sepakat macam ‘the 3 stoges”.

            Jadi, hendak tak hendak bakal-bakal TPM mengikut lazimnya mestilah berlandaskan perlembagaan parti-parti yang menang. Konsensusnya PM “de factor leader” – PKR. TPM calon PAS mungkin 3 orang, samada Timbalan Presiden, Ketua Dewan Ulama ataupun Mursyidul Am. Bagi DAP di antara Pengerusi dan Setiausaha Agong. Khalayak mengetahui yang paling layak calon TPM DAP, tak lain tak bukan mesti Lim Kit Siang. Bagi kat bapak dahulu. – “Knowing and Being Anwar’. Besar kemungkinan ada TPM 3 mewakili PKR. Takkan pula Timbalan Presiden dilantik sebagai TPM 3, melangkah Presiden parti yang mana beliau juga adalah isteri kepada PM? Giler habis ni!! Tak pernah dibuat orang. Perlu sekali lagi diingatkan bahawa TPM ini akan secara otomatiknya menjadi PM sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas PM!!

            Oleh yang demikian, calon yang paling layak dilantik sebagai TPM 1 adalah Timbalan Presiden PAS iaitu YB Mat Sabu. Calon TPM 2 ialah YB Lim Kit Siang. Calon TPM 3….. ini yang pening!! YB Azmin anak derhaka? Tetapi dia lebih suka jawatan MB Selangor. Yang berpengalaman, Tan Sri Khalid, tetapi apa jawatannya di dalam parti? Kalau lantik YB Nurul Izah, macam mana? Apa pula kata rakyat?

Thursday, 24 January 2013

PRU 13 – SIAPA PM?



   Ini adalah kali ke-3 secara rasminya Pakatan Rakyat berjuang di medan politik untuk menaluki Putrajaya agar calonnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini, pada tahun 1980an dan 1990an ada juga Pakatan Parti Semangat 46 diketuai Tengku Razaleigh Hamzah berbuat demikian namun gagal. Seluruh dunia pasti akan menumpukan perhatian di dalam PRU 13. “The Battle of the monster politician”.  Hebat! Sungguh Hebat! Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pun kalah. Di China tidak ada pilihan raya. Presidennya dilantik oleh ahli-ahli majlis tertinggi Parti Komunis. Adalah sikit-sikit demokrasi.

   Pertembungan di antara bakal Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang adalah umpama ‘buku bertemu ruas’. Macam mana agaknya jika harimau bertarung dengan singa? Adakah macam keputusan pertandingan bolasepak piala AFF 2012? Kena baham dek singa 3-0. Malaysia kalah hanya kerana pemain hilang fokus, hilang arah. Sebab itulah PRU 13 amat penting. Macam bertarung nyawa bagi penyandang. Kalau kalah mati. Bagi pencabar pula, jika panjang umur pasti akan mengatur langkah dan corak untuk bertempur sekali lagi.

   DSAI bukan calang-calang orang. Menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan bekas mahasiswa universiti. Bekas Presiden ABIM, Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia selama 3 bulan. Sokongan orang Melayu boleh dianggap berpecah tiga. Parti PKR berpakat dengan PAS – 2/3. Parti UMNO Cuma tinggal – 1/3. Sokongan orang Cina – 30% MCA, 69% DAP, 1% Parti Gerakan. Bagi orang India pula dianggarkan 60% MIC, 5% PPP, 10% IPF. Baki 25% milik DAP dan PKR. Secara rawaknya, sokongan rakyat 61% berpihak kepada DSAI, hanya berbaki 39% untuk penyandang.

    Yang pentingnya di dalam sesuatu pilihanraya bukannya rakyat tetapi adalah pengundi. Analisis mengikut umur, jantina, bangsa dan agama adalah rumusan-rumusan wajib. Selain itu, kaji selidik peranan etika, sosial, pendidikan, integriti dan populariti menjadi taruhan. Keputusan pemilihan wakil pelajar kampus yang baru diadakan memihak kepada Pro Aspirasi boleh dijadikan sebagai petunjuk tetapi hanya merupakan satistik sahaja. Jika boleh dijadikan ukuran mungkin hanya sekadar 25% aspirasi golongan muda yang menjadi mahasiswa-mahasiswi di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Ini disebabkan puratanya belum layak mengundi didalam PRU 13 dan belum cukup matang untuk diterjemahkan pemikiran sebenar mereka. Macamlah ‘puppy love’. Perempuan lebih memihak kepada PM berbanding bakal PM. Pria, perbezaan tidak ketara antara Barisan dan Pakatan. Begitu juga, golongan dewasa. Bagi warga emas, pendirian mereka sudah tegar, menghampiri taksub. Hanya sedikit sahaja yang bertukar arah mengikut arus, mahupun angin. Bagi OKU, Barisan lebih mendapat tempat di dalam hati mereka. Ada segolongan kelompok lagi yang sememangnya tidak pernah mengundi. Sekelumit pula mendaftar pun tidak pernah. Apakah perlu dijadikan undang-undang bahawa yang tidak mengundi ataupun tidak mendaftar sebagai pengundi adalah satu kesalahan yang boleh didenda mahupun dipenjara?
           
   Kesimpulannya, rumusan penilaian untuk pengundi ialah 69% di pihak kerajaan dan 39% di pihak pembangkang. Perlu diingatkan penilaian ini dibuat meliputi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan. Pada hakikatnya kekuatan Barisan dan Pakatan adalah 50-50. Mengambil kira faktor ”advantage”, Barisan 51% dan Pakatan 49%. Barisan hanya berpaksikan Dato’ Seri Najib sementara Pakatan berpaksikan Dato’ Seri Anwar, Datuk Nik Aziz, bakal Datuk Lim Guan Eng, dan mungkin juga bakal Tan Sri Dato’ Karpal Singh. Tonggak Barisan di bahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipikul Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manakala tonggak Pakatan dipikul Lim Kit Siang dan Datuk Hadi Awang. “God Father” kepada segala tonggak Pakatan dan konco-konconya adalah George Soros dan Uncle Sam.

   Bertunjangkan faktor-faktor di atas, memberi kekuatan dan semangat kepada penyokong Pakatan khususnya kaum bukan Melayu untuk terus berusaha menaiki lif ke Putrajaya. Sedikit sebanyak menimbulkan keraguan penyokong-penyokong Barisan untuk terus memerintah. Sesuatu pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Kalau seri kena “penalty.” Untuk menang memang susah sekali. Untuk kalah amat mudah. Di dalam pilihanraya yang menang akan hidup, yang kalah mampus dan di dalam mengaplikasikan strategi berpolitik ternyata DSAI lebih baik daripada DSN. Bagaimanapun, di dalam aspek mengadaptasi strategi berpolitik DSN lebih terserlah, DSAI agresif. DSN amat positif, aktif dan efektif di dalam menzahirkan inisiatif berinovatif tinggi secara lebih elektif, sesuai dengan proses tranformasi mengikut peredaran masa dan tuntutan masyarakat majmuk di Malaysia.

   Daripada sudut psikologi, seorang yang agresif mudah melatah, panas baran dan cepat marah. DSN agak pasif, “cool” dan lebih tenang mempunyai kelebihan untuk memilih “the soft or the hard approach”. DSAI lebih cerdik dan amat licik. DSN lebih bijak dan lihai. Seri muka DSAI ‘macho’ dan garang. Bagi DSN ‘handsome’, peramah dan amat merendah diri. Jika diamat-amati nurnya, lebih DSN daripada DSAI. Hati nurani tiada siapa yang tahu. Akal boleh dibaca. Pembawakan seseorang itu mencerminkan kewibawaan, keterampilan dan keyakinan diri. Akhlak dan perilaku masing-masing menaikkan reputasi.

   Semua manusia pernah melakukan kesilapan dan kejahatan. Yang pentingnya memohon ampun dan maaf serta berubah menjadi insan yang lebih baik. Keikhlasan dan kejujuran itu ada di dalam sanubari Dato’ Seri Najib. Maka tidak bijaklah rakyat menyokong dan mengundi seseorang yang tidak bermoral, berperibadi lemah, negatif dan meragukan. Janganlah mengikut emosi dan memperjudikan nasib anak cucu cicit kita. Usahlah mempertaruhkan bangsa Melayu, Islam dan Negara. Sesungguhnya judi dan taruhan itu adalah HARAM dan berdosa besar di sisi Allah S.W.T.

Sunday, 20 January 2013

PRU 13 - SENDALUKA

  Yang sebenarnya, PRU 13 sudah bermula sejak keputusan PRU 12 diumumkan. Semua kawasan yang dilanda hujan ketika rakyat mengundi; kebanyakkannya dimenangi pembangkang. Hujan renyai-renyai menang tipis. Lebih lebat hujannya lebih majoritinya. Kerusi panas hujannya pun panas. Pada keesokkanya surat khabar pula panas. Macam-macam cerita. Macam-macam komen. Tsunami politik berlaku dinegeri-negeri yang terkena tempias gempa bumi di Sumatera yang meranapkan Acheh. Lebih kuat tempiasnya lebih teruklah kecundang. Inilah fenomena alam. Tiada yang memberi pengajaran dan tiada pula yang mahu belajar daripadanya.

  Tepat jam 12 malam pada hari mengundi suasana sunyi seketika kerana hanya inilah satu-satunya waktu ahli-ahli politik berehat bagi menghormati peraturan. Jam 6 pagi mereka sudah bangun. Tak kira bangsa dan agama. Lumrah bagi mereka bersembahyang dan berdoa agar Tuhan memberi kemenangan kepada calon yang mereka sokong dan pilih untuk menjadi wakil rakyat mahupun Ahli Parlimen. Kemudian bergegaslah mereka ke lokasi masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan. Tak kiralah, panas ke? Hujan ke? Mereka sibuk!

  Warung-warung kopi destinasi utama. Sebab semuanya percuma. Kemudian ke pondok-pondok panas dan markas-markas parti yang disokong. Kain rentang sana. Kain rentang sini. Sepanduk lagi. Semua akan berkumpul untuk berarak ke dewan tempat mengundi. Suasana hiruk-pikuk. Meriah kerana semua ahli politik akan tersenyum. Salam sana, salam sini. Tegur sana, tegur sini. Masing-masing mempunyai agenda dan memasang angan-angan bergelar YB.

  Apabila keputusan diumumkan, calon yang menang bersorak gembira. Yang kalah pasti tak puas hati. Ada yang protes minta undi dikira semula. Ada yang terus buat laporan polis dan SPRM. Dakwa itu, dakwa ini. Salah itu, salah ini. Nak ambil tindakan mahkamah. Nak ambil tindakan undang-undang. "Enemy of the state". Tak lain tak bukan SPR. Sama-samalah kita berdoa agar rusuhan politik pada 13hb Mei 1969 tidak berulang.

  Di dalam PRU 12, dewan dibubarkan pada 13hb Mei 2008. Bagi PRU 13, dewan kena dibubarkan dan pilihanraya diadakan pada tahun 2013. Negeri-negeri di Malaysia pun 13 jumlahnya tidak termasuk Wilayah-Wilayah Persekutuan. Banyak yang prejudis dengan angka ini.Tengok September dan Disember. Tak semena-mena Jumaat yang mulia menjadi "Friday the 13th". Nampak tak macam mana mereka main wayang?

  Orang cina paling tak gemar angka 13. Eloklah PRU 13 diadakan 2013. Ramai yang tak keluar rumah sebab takut sial. Ada baiknya juga dewan dibubar pada 31hb Januari 2013. Kurang lah sikit sialnya apabila angka 13 diterbalikkan menjadi angka 31. Legalah sikit rakyat keluar mengundi lepas Tahun Baru Cina. Jangan bagi muka sangat mereka nak cuti lama.