Barisan “Straightforward”. Pakatan “ Winding and Crooked”. Siapa pilihan
DSAI untuk menjadi timbalannya? Datuk Hadi Awang telah menjelaskan pendiriannya
secara peribadi dan selaku Presiden PAS. Sekiranya beliau kurang berkeyakinan
untuk menjadi Perdana Menteri maka adalah lebih tidak layak beliau menggalas
jawatan TPM. Sewaktu menjadi MB, beliau telah mencemar duli apabila mendakap
KBDYM Sultan Terengganu. Dimana beliau tahu menulis, membaca dan mengira jika
bukan cikgu-cikgu sekolah rendah yang mengajar beliau ABC? Setaraf nabilah tuan
guru, terus Khatam Quran. Andainya DSAI dipilih untuk menjadi PM di dalam PRU
13, besar kemungkinan beliau terpaksa memilih seorang daripada PAS dan seorang
daripada DAP untuk jawatan TPM 1 dan TPM 2. Barulah ada ‘Malaysian Malaysia’,
Negara berkebajikan dan adil saksama untuk semua. Pakatan ni memang sepakat
macam ‘the 3 stoges”.
Jadi, hendak tak hendak
bakal-bakal TPM mengikut lazimnya mestilah berlandaskan perlembagaan parti-parti
yang menang. Konsensusnya PM “de factor
leader” – PKR. TPM calon PAS mungkin 3 orang, samada Timbalan Presiden,
Ketua Dewan Ulama ataupun Mursyidul Am. Bagi DAP di antara Pengerusi dan
Setiausaha Agong. Khalayak mengetahui yang paling layak calon TPM DAP, tak lain
tak bukan mesti Lim Kit Siang. Bagi kat bapak dahulu. – “Knowing and Being Anwar’. Besar kemungkinan ada TPM 3 mewakili
PKR. Takkan pula Timbalan Presiden dilantik sebagai TPM 3, melangkah Presiden
parti yang mana beliau juga adalah isteri kepada PM? Giler habis ni!! Tak
pernah dibuat orang. Perlu sekali lagi diingatkan bahawa TPM ini akan secara otomatiknya
menjadi PM sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas PM!!
Oleh yang demikian,
calon yang paling layak dilantik sebagai TPM 1 adalah Timbalan Presiden PAS
iaitu YB Mat Sabu. Calon TPM 2 ialah YB Lim Kit Siang. Calon TPM 3….. ini yang
pening!! YB Azmin anak derhaka? Tetapi dia lebih suka jawatan MB Selangor. Yang
berpengalaman, Tan Sri Khalid, tetapi apa jawatannya di dalam parti? Kalau
lantik YB Nurul Izah, macam mana? Apa pula kata rakyat?
No comments:
Post a Comment