Tanah jawi ini memang
keramat. Banyak keramahnya. Di sini bulan bertemu bintang.Tujuh petala langit
bertemu tujuh petala bumi. Sembilan negeri berdaulat. Semuanya Darul. Maksud
Darul, syurga. Satu bagi kat Brunei ,
cukup bilangan sepuluh. Dahulunya Persekutuan Tanah Melayu. Hari ini dikenali
sebagai Malaysia .
Benderanya jalur gemilang. Kenapa jalurnya seakan-akan bendera Amerika
Syarikat? Ada
bintang, tiada bulan. Sebab itu, Neil Amstrong pergi ke bulan. Nak bawa balik
tak boleh…. Mana muat nak letak dalam Apolo? Orang yang faham, fahamlah.. Yang
tak faham, tak fahamlah.. Yang kalutnya orang ini faham tetapi buat-buat tak
faham.
55 Tahun Merdeka, 66
Tahun berpolitik. Tidak berputih mata. Enam PM. Sembilan TPM. PM Ke 4, empat
orang TPM. Yang ke 4 berjaya akhirnya dilantik PM. Inilah sahaja yang baik
tentang penjajahan. Kita diajar berpolitik. Ada Sistem Kerajaan. Majulah Negara. Dari
setahun ke setahun, bertatih dahulu. Hari ini, sudah boleh berjalan. Nak lari
pun boleh. Nak perlahan boleh. Nak laju pun boleh. Hebat… Sungguh Hebat! Sebuah
negara kecil di mata dunia tetapi besar di hati. Siapa yang tak bangga menjadi
rakyat Malaysia ?
Nama Allah S.W.T yang
pertama RAHMAN. PM pertama Tunku Abdul Rahman. Ada darah kerabat Diraja membawa maksud hamba
Allah. Tersusun rapi pada nama-nama PM ke 2 yang bermula dengan huruf A, H, M,
A dan PM yang terkini namanya bermula huruf M. Lalu dijawab, Allah itu kan kekasihnya Muhammad
S.A.W. Ada Allah, ada Muhammad. Ada
pembuka ada penutup. Maknanya Najib itu penutuplah. Apabila sudah ditutup
barulah boleh dibuka balik. Maknanya fasa ke 2 senarai nama-nama bakal PM.
Samada bermula huruf A ataupun huruf M? Tak tahulah. Rasa-rasanya kan Perdana Menteri Malaysia dipilih ataupun terpilih?
Mahukah kita mengubah sesuatu ketetapan? Mampukah kita menanggung kemurkaannya?
Firman Allah S.W.T “Aku
beri pemerintahan kepada sesiapa yang aku kehendaki”. Jikalau dibandingkan
ulama-ulama terdahulu yang keluar UMNO menubuhkan parti PAS dengan kepimpinan
UMNO ketika itu, macam langit dengan bumi. Burhanudin Helmi, Ahmad Boestamam
memang tersohor tetapi pemimpin - pemimpin UMNO yang memerintah negara.
Sekiranya Allah S.W.T mengkehendaki, dah lama dah ulama-ulama PAS ini
memerintah negara. Sebabnya alim ulama ini ahli kitab, ahli ugama. Bukan ahli
politik. Sebaik-baiknya biarlah ahli politik memerintah. Alim ulama pula
membimbing dan menasihati. Barulah acuannya macam kuah dengan nasi. Dulu pernah
bergabung balik di zaman Datuk Asri. Kenapa tidak sekarang?
Sedangkan Nabi S.A.W
ampunkan umat. Alim ulama ke kalau masih berdendam? Bukankah dendam itu antara
tanda-tanda syaitan sudah merasuk? Oh ya hampir terlupa kerana pernah keluar
kenyataan ‘manusia boleh berkawan dengan syaitan’ satu ketika dahulu!
Tanah Semenanjung ini
macamlah juga Semenanjung Arab. Ada
hikmahnya. Kenapa nak bersembunyi kalau memang sudah jelas dan nyata. Sudah
terang lagi bersuluh. Terlajak perahu boleh dikayuh. Terlajak kata buruk
padahnya.Terlajak laku bertaubatlah! Tak kiralah engkau siapa? UMNO ke? PAS ke?
PKR ke? Semua orang Islam, umat Rasulullah S.A.W. bukannya ramai sangat pun.
Sebab dah lama orang bercakap, ‘Orang
Melayu manyak modoh’. Dahulunya, dibodohkan penjajah, sekarang dibodohkan
bangsa sendiri. Sesama sendiri berbodoh-bodohan. Nak ikut “Arab Spring” ataupun
“Arab Awakening”? Berbunuh-bunuhan pula akhirnya?
Mana ada Melayu nama
Hang? Pandai-pandai cakap Han Tu Ah Melayu. Agaknya Han Tu Ah cakap “Melayu hilang
di dunia”. Siapa pandai-pandai tambah perkataan “tak kan ” di hadapan? Hari ini dah nampak
tanda-tanda “ Melayu hilang di dunia”. Bukan dibumi asing tetapi di dunia
Melayu sendiri! Tak sedar ke? “Melayu
memang lupa” Betul….”Melayu memang lupa”.
No comments:
Post a Comment