Ini adalah kali ke-3
secara rasminya Pakatan Rakyat berjuang di medan politik untuk menaluki Putrajaya agar
calonnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.
Sebelum ini, pada tahun 1980an dan 1990an ada juga Pakatan Parti Semangat 46
diketuai Tengku Razaleigh Hamzah berbuat demikian namun gagal. Seluruh dunia
pasti akan menumpukan perhatian di dalam PRU 13. “The Battle
of the monster politician”. Hebat!
Sungguh Hebat! Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pun kalah. Di China tidak
ada pilihan raya. Presidennya dilantik oleh ahli-ahli majlis tertinggi Parti
Komunis. Adalah sikit-sikit demokrasi.
Pertembungan di antara bakal
Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang adalah umpama ‘buku bertemu ruas’.
Macam mana agaknya jika harimau bertarung dengan singa? Adakah macam keputusan
pertandingan bolasepak piala AFF 2012? Kena baham dek singa 3-0. Malaysia kalah
hanya kerana pemain hilang fokus, hilang arah. Sebab itulah PRU 13 amat penting.
Macam bertarung nyawa bagi penyandang. Kalau kalah mati. Bagi pencabar pula,
jika panjang umur pasti akan mengatur langkah dan corak untuk bertempur sekali
lagi.
DSAI bukan
calang-calang orang. Menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan bekas
mahasiswa universiti. Bekas Presiden ABIM, Timbalan Perdana Menteri dan pernah
memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia selama 3 bulan. Sokongan
orang Melayu boleh dianggap berpecah tiga. Parti PKR berpakat dengan PAS – 2/3.
Parti UMNO Cuma tinggal – 1/3. Sokongan orang Cina – 30% MCA, 69% DAP, 1% Parti
Gerakan. Bagi orang India
pula dianggarkan 60% MIC, 5% PPP, 10% IPF. Baki 25% milik DAP dan PKR. Secara
rawaknya, sokongan rakyat 61% berpihak kepada DSAI, hanya berbaki 39% untuk
penyandang.
Yang pentingnya di dalam
sesuatu pilihanraya bukannya rakyat tetapi adalah pengundi. Analisis mengikut
umur, jantina, bangsa dan agama adalah rumusan-rumusan wajib. Selain itu, kaji
selidik peranan etika, sosial, pendidikan, integriti dan populariti menjadi
taruhan. Keputusan pemilihan wakil pelajar kampus yang baru diadakan memihak
kepada Pro Aspirasi boleh dijadikan sebagai petunjuk tetapi hanya merupakan satistik
sahaja. Jika boleh dijadikan ukuran mungkin hanya sekadar 25% aspirasi golongan
muda yang menjadi mahasiswa-mahasiswi di institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan. Ini disebabkan puratanya belum layak mengundi didalam PRU 13 dan
belum cukup matang untuk diterjemahkan pemikiran sebenar mereka. Macamlah ‘puppy love’. Perempuan lebih memihak
kepada PM berbanding bakal PM. Pria, perbezaan tidak ketara antara Barisan dan Pakatan.
Begitu juga, golongan dewasa. Bagi warga emas, pendirian mereka sudah tegar,
menghampiri taksub. Hanya sedikit sahaja yang bertukar arah mengikut arus,
mahupun angin. Bagi OKU, Barisan lebih mendapat tempat di dalam hati mereka. Ada segolongan kelompok
lagi yang sememangnya tidak pernah mengundi. Sekelumit pula mendaftar pun tidak
pernah. Apakah perlu dijadikan undang-undang bahawa yang tidak mengundi ataupun
tidak mendaftar sebagai pengundi adalah satu kesalahan yang boleh didenda
mahupun dipenjara?
Kesimpulannya, rumusan
penilaian untuk pengundi ialah 69% di pihak kerajaan dan 39% di pihak pembangkang.
Perlu diingatkan penilaian ini dibuat meliputi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai
Pakatan. Pada hakikatnya kekuatan Barisan dan Pakatan adalah 50-50. Mengambil
kira faktor ”advantage”, Barisan 51%
dan Pakatan 49%. Barisan hanya berpaksikan Dato’ Seri Najib sementara Pakatan
berpaksikan Dato’ Seri Anwar, Datuk Nik Aziz, bakal Datuk Lim Guan Eng, dan
mungkin juga bakal Tan Sri Dato’ Karpal Singh. Tonggak Barisan di bahu Tun Dr
Mahathir Mohamad dan dipikul Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manakala tonggak Pakatan
dipikul Lim Kit Siang dan Datuk Hadi Awang. “God
Father” kepada segala tonggak Pakatan dan konco-konconya adalah George
Soros dan Uncle Sam.
Bertunjangkan
faktor-faktor di atas, memberi kekuatan dan semangat kepada penyokong Pakatan
khususnya kaum bukan Melayu untuk terus berusaha menaiki lif ke Putrajaya.
Sedikit sebanyak menimbulkan keraguan penyokong-penyokong Barisan untuk terus
memerintah. Sesuatu pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Kalau seri kena “penalty.” Untuk menang memang susah
sekali. Untuk kalah amat mudah. Di dalam pilihanraya yang menang akan hidup,
yang kalah mampus dan di dalam mengaplikasikan strategi berpolitik ternyata
DSAI lebih baik daripada DSN. Bagaimanapun, di dalam aspek mengadaptasi
strategi berpolitik DSN lebih terserlah, DSAI agresif. DSN amat positif, aktif
dan efektif di dalam menzahirkan inisiatif berinovatif tinggi secara lebih elektif,
sesuai dengan proses tranformasi mengikut peredaran masa dan tuntutan
masyarakat majmuk di Malaysia .
Daripada sudut
psikologi, seorang yang agresif mudah melatah, panas baran dan cepat marah. DSN
agak pasif, “cool” dan lebih tenang
mempunyai kelebihan untuk memilih “the
soft or the hard approach”. DSAI lebih cerdik dan amat licik. DSN lebih
bijak dan lihai. Seri muka DSAI ‘macho’ dan garang. Bagi DSN ‘handsome’,
peramah dan amat merendah diri. Jika diamat-amati nurnya, lebih DSN daripada
DSAI. Hati nurani tiada siapa yang tahu. Akal boleh dibaca. Pembawakan
seseorang itu mencerminkan kewibawaan, keterampilan dan keyakinan diri. Akhlak
dan perilaku masing-masing menaikkan reputasi.
Semua manusia pernah
melakukan kesilapan dan kejahatan. Yang pentingnya memohon ampun dan maaf serta
berubah menjadi insan yang lebih baik. Keikhlasan dan kejujuran itu ada di
dalam sanubari Dato’ Seri Najib. Maka tidak bijaklah rakyat menyokong dan
mengundi seseorang yang tidak bermoral, berperibadi lemah, negatif dan
meragukan. Janganlah mengikut emosi dan memperjudikan nasib anak cucu cicit
kita. Usahlah mempertaruhkan bangsa Melayu, Islam dan Negara. Sesungguhnya judi
dan taruhan itu adalah HARAM dan berdosa besar di sisi Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment